Contoh Soalan
a) Huraikan aspek estetik berdasarkan gurindam di atas. [9]
b) Jelaskan tiga unsur estetik dan kesannya berdasarkan pantun di atas
(Pantun Kasih Sayang/Nasihat). [9]
c) Huraikan unsur keindahan dan kesannya berdasarkan sajak di atas,
(Aku Tidak Mahu Lagi). [9]
Cadangan Jawapan👇
Antara aspek estetik gurindam ‘Taat Setia Raja dan Rakyat’ dapat dilihat melalui kekuatan unsur bunyinya iaitu asonansi (fakta). Asonansi merupakan perulangan bunyi vokal dalam satu baris (huraian 1). Kesannya menimbulkan bunyi yang lembut, lunak dan memikat jiwa. (huraian 2/kesan). Contohnya:
Raja muafakat dengan menteri,
Terdapat perulangan vokal ‘a’ sebanyak enam kali.
Seterusnya, aliterasi. Aliterasi merupakan perulangan bunyi konsonan dalam satu baris (huraian 1). Kesannya menimbulkan bunyi yang lantang dalam pengucapan (huraian 2/kesan). Terdapat perulangan konsonan’n’ sebanyak tiga kali dalam contoh di bawah.
Raja muafakat dengan menteri,
Selain itu, dari aspek bentuk. Gurindam di atas berbentuk terikat sama ada dari sudut bilangan baris serangkap dan bilangan perkataan sebaris. Contohnya:
Kasihkan/ orang/ yang /berilmu,
Tanda /rahmat/ atas/ dirimu.
Berdasarkan contoh di atas, terdapat dua baris serangkap dan empat patah perkataan sebaris. Kesannya memperlihatkan keseimbangan dan keharmonian dari sudut bentuk gurindam.
Seterusnya, dari aspek rima akhir. Rima akhir merupakan persamaan bunyi akhir dalam baris-baris gurindam samada bunyi vokal atau konsonan yang berikutnya. Contohnya:
Kasihkan orang yang berilmu, a
Tanda rahmat atas dirimu. a
Gurindam di atas mempunyai skema rima akhir yang tetap iaitu a-a. Kesannya menimbulkan rentak dan irama yang menarik serta lembut apabila dituturkan.